Berangkat menyaksikan Pertandingan Sukan Weightlifting





Oleh : Srinarawie Bidzah / Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Perpaduan Islam Ke-6






RIYADH, ARAB SAUDI, Isnin, 10 November. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) telah berkenan berangkat menyaksikan Pertandingan Sukan Weightlifting yang melibatkan atlet negara, iaitu Awang Mohammad Nashrul bin Haji Abu Bakar bagi Kategori Men's 65 Kilogram (kg).


Kategori Men's 65kg telah disertai oleh 12 negara, iaitu Kesultanan Oman, Republik Turkiye, Republik Uzbekistan, Arab Saudi, Kuwait, Republik Rakyat Bangladesh, Republik Islam Iran, Republik Indonesia, Azerbaijan, Mesir, Republik Uganda, dan Negara Brunei Darussalam (NBD).


NBD telah menghantar kontinjen bagi menyertai Sukan Perpaduan Islam Ke-6 2025 (6th Islamic Solidarity Games-ISG 2025) yang berlangsung bermula pada 7 hingga 21 November 2025 di Riyadh, Arab Saudi.


Pada Sukan Perpaduan Islam kali ini, NBD menyertai sebanyak tiga acara sukan, iaitu lawan pedang, karate dan angkat berat.


Close